

Hari ini anak pertama melangkah ke satu fasa baharu dalam hidupnya. Dah masuk Tingkatan 3 Di Maktab Mahmud Alor Setar.
Sebagai ayah, perasaan itu bercampur. Bangga, syukur, dan pada masa yang sama ada ruang ketakutan yang sukar dijelaskan.
Dalam realiti masyarakat hari ini, macam mana anak-anak akan menempuh cabaran yang ada. Nak jadi lagu mana. Macam-macam bermain di fikiran. Dunia semakin terbuka, ujian semakin pelbagai, dan pengaruh datang tanpa diundang.
Pesan ayah ringkas saja.
Jadilah hamba Allah yang baik sebelum menjadi manusia yang pandai.
Pandai itu perlu.
Tetapi memandai-mandai, itu yang perlu dielakkan.
Nak pandai kena rajin membaca. Dan berjaya, perlu banyak latihan.
Dan kepada Allah kami serahkan segalanya.
Moga Dia jaga iman, akhlak dan langkahmu di mana pun berada.
Allahumma AMIN.

